Friday, November 9, 2018

KAJIAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Semua guru diminta menjawab soal selidik yang berikut sebelum 23 Nov 2018

link Soal Selidik 1Bestarinet Fasa 2



KAJIAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Saya diarahkan oleh Tuan Ketua Penolong Pengarah untuk memaklumkan kepada pihak tuan/puan mengenai surat Jabatan Audit Negara bertarikh 19 Oktober 2018 berkaitan perkara diatas.

 2.         Bersama-sama ini dilampirkan surat (no rujukan : AUDIT /SAP/ICT/147/430/40 (11) )berkaitan kajian pelaksanaan Perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) . Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai status, prestasi capaian dan masalah-masalah perkhidmatan 1BestariNet serta penggunaan Virtual Learning Environment di sekolah.     
      
 3.         Bagi tujuan tersebut, pihak Audit ingin mendapatkan maklum balas daripada guru-guru berhubung perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 yang digunakan di sekolah-sekolah. Maklum balas tersebut akan dibuat secara soal selidik atas talian melalui link URL https://goo.gl/forms/l9EQcaprUgdxsFOu1. Untuk makluman Tuan/Puan, maklum balas melalui soal selidik yang diterima oleh pihak Audit sehingga 05.11.2018 jam 1900 adalah sebanyak 2,114 maklum balas. 

4.         Sehubungan itu,  kerjasama pihak Tuan/Puan untuk memastikan guru-guru mengisi maklumbalas melalui link URL capaian soal selidik tersebut sebelum atau pada 23 November 2018 (Jumaat).

5.        Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, Tuan / Puan boleh menghubungi Cik Nor Hanani binti Lias di talian 03-88899050 (e-mel:nor.hanani@audit.gov.my).

6.        Kerjasama dan perhatian pihak Tuan / Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

MAWARNI BINTI ABDUL RASHID
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Air Itam