Saturday, August 31, 2019

Demi Tanah Air Tercinta


Mari ketepikan segala perbezaan dengan berganding bahu demi masa depan yang gemilang.

Hidup akan lebih bermakna apabila kita membuka lebih ruang untuk kebaikan dalam membentuk keperihatinan dan kasih sayang. Sempena Hari Kebangsaan yang ke 62, marilah kita bersama ketepikan perbezaan dan semarakkan semangat perpaduan demi tanah air tercinta.



Related image

Inilah mesej kami buat rakyat Malaysia; Perbezaan identiti dan budaya adalah keunikan kita sebagai rakyat Malaysia yang bernaung di bawah satu bendera yang sama. Marilah kita sama-sama menyelami semangat Hari Kebangsaan, merdekakan minda dan jiwa demi masa depan yang harmoni untuk anak-anak kita.