Tuesday, December 31, 2019

Program Suai Mesra Pelajar Baru 2020 / 1














Program Suai Mesra Pelajar Baru merupakan usaha pihak sekolah memperkenalkan suasana dan iklim persekolahan kepada pelajar baru. Program ini memberi kefahaman kepada pelajar tentang latar belakang sekolah dan keperluan-keperluan pembelajaran di peringkat sekolah menengah.Pada tahun ini, program tersebut telah dijalankan pada 31 Disember 2019 dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi dengan lancar.