Friday, September 9, 2011

Program Keselamatan Jalan Raya











Program ini telah ditajakan oleh Dato’Dr Loh Hock Hun, DSPN. Acara dimulakan dengan ucapan daripada wakil Dato’Loh, En Lim Thoon Deong, DJN dan merasmikan program ini.

Kemudian, Koperal Norizan dari IPD Timur Laut memberi Ceramah tentang Keselamatan Di Jalan Raya. Beliau menunjukkan data statistic yang menunjukkan 96% daripada kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia adalah berpunca daripada kecuaian semasa memandu.

Koperal Norizan juga menerangkan factor-faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya seperti faktor manusia, faktor kenderaan dan faktor persekitaran. Beliau menasihati pelajar-pelajar supaya lebih baik sampai lambat daripada tak sampai langsung dan sayangilah nyawa sendiri. Beliau juga berpesan pelajar-pelajar agar bangun awal supaya tidak tergopoh semasa di jalan raya.

Beliau memberi kesalahan yang menyumbang ke arah kemalangan serius adalah

1. Memandu melebihi had laju.

2. Tidak berhenti semasa lampu isyarat merah.

3. Tidak berhenti di persimpangan jalan.

4. Memendu dengan pengaruh alkohol/ dadah.

5. Memotong di garisan berkembar.

6. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Lepas ceramah, satu pameran diadakan. Pelajar-pelajar dapat melihat betapa ngerinya akibat kemalangan jalan raya. Mereka juga dapat informasi-informasi tentang menjaga keselamatan diri sendiri melalui risaklah-risalah yang diberi oleh polis. Pameran itu diselia oleh Koperal Suhaimi.

Pihak sekolah berharap selepas ceramah dan pameran, pelajar-pelajar dapat iktibar dan mematuhi peraturan jalan raya .