Wednesday, September 21, 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2011/1






















Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 oleh SMK Air Itam

Tarikh: 19hb September 2011

Masa : 7.30 am-12.30pm

Sambutan Hari Kemerdekaan dimulakan pada pukul 7.30 pagi,semua pelajar beratur di dataran sekolah mengikut kelas masing-masing. Selepas pendaftaran semua guru dan tetamu jemputan, majlis dimulakan.

Selepas pembacaan doa, wakil pelajar Mohd Roslan memberi ucapan dan seterusnya perutusan Ketua Pengarah dibaca oleh PK Hem Cik Choo Poh Lean dan Perutusan Perdana Menteri dibaca oleh En Abdul Latif.

Lagu Negaraku dinyanyikan oleh semua warga SMK Air Itam pada pukul 8.15pagi dan 7 Laungan Merdeka diketuai oleh pengetua diadakan. Kek Hari kemerdekaan dipotong selepas ini.

Persembahan pelajar yang melibatkan tiga bangsa Malaysia diadakan. Semua guru dan pelajar mengibarkan Jalur Gemilang semasa menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Penyampaian hadiah kepada pelajar oleh panitia seni, panitia sivik dan pusat sumber diadakan.Selepas ini, semua tetamu jemputan dan semua guru dijemput ke bilik gerakan untuk jamuan.

Satu ceramah yang diberi oleh Inspektor Ranui ( Ketua Polis Bandar Baru Air Itam) diadakan di dewan sekolah. Selepas ini, satu tayangan filem “Sarjan Hassan“ ditayangan kepada semua pelajar tingkatan empat dan pelajar sesi petang.