Thursday, March 22, 2012

Pencapaian SPM sekolah bandar, luar bandar catat peningkatan

PUTRAJAYA: Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun dengan 559 calon berjaya memperoleh Gred Cemerlang Tertinggi A+ bagi semua mata pelajaran yang diambil.

KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud semalam mempunyai signifikan penting dalam hala tuju sistem pendidikan negara.

Selain keputusan keseluruhan lebih baik dalam tempoh lima tahun, pencapaian pelajar lulus subjek Sains yang menunjukkan peningkatan sama ada sekolah di bandar mahupun luar bandar, boleh dijadikan landasan mengurangkan kebimbangan terhadap lambakan pelajar sastera di institusi pengajian tinggi.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud, berkata indeks keseluruhan GPN tahun lalu mencapai 5.04 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya Beliau berkata, daripada 559 calon yang mendapat Gred Cemerlang Tertinggi, 506 adalah calon Sekolah Kementerian Pelajaran yang meningkat sebanyak 143 calon, berbanding 363 pada 2010.

Bagi prestasi mengikut mata pelajaran teras dan lokasi, pencapaian calon luar bandar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tidak menunjukkan perbezaan yang ketara, tetapi pencapaian subjek Sains lebih baik berbanding calon bandar.

“Bagaimanapun, usaha perlu dipertingkatkan untuk merapatkan jurang dengan calon bandar bagi subjek Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral,” katanya ketika mengumumkan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2011, di sini, semalam.

Mengikut kaedah yang diguna pakai oleh Kementerian Pelajaran dan Lembaga Peperiksaan, semakin kecil nilai GPN, lebih cemerlang pencapaian keputusan keseluruhan.