Tuesday, June 12, 2012

Penyertaan Program Pembinaan Perdamaian Generasi Y 2012 Universiti Sains Malaysia






Seramai 18 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga 5 telah menyertai program ini di Dewan Kuliah D USM dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang anjuran Siswa/siswi Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan ( Major Sains Politik ) dengan kerjasama Unit Penyelidikan dan Pendidikan Untuk Perdamaian dan Kawasan Rukun Tetangga Kampung Melayu Air Itam Pulau Pinang. Pelajar-pelajar telah didedahkan mengenai kepentingan budaya perdamaian dalam kehidupan seharian generasi muda khususnya. Pelajar-pelajar telah menyaksikan tayangan gambar berasaskan penyelesaian konflik dan melibatkan diri dalam aktivit kumpulan untuk mengenali dan mengelakkan konflik serta mengenal langkah-langkah , kaedah penyelesaian sesuatu konflik dalam hidup bermasyarakat. Diharapkan pelajar-pelajar dapat mengenal dan mencintai pedamaian serta mampu mencari kaedah penyelesaian sesuatu konflik dalam kehidupan seharian.