Thursday, June 14, 2012

Program Kembali Ke Sekolah --12.6.2012











Saudara Cheah Wooi Siang dari kelas 5M1 dan saudari Suganthi a/p Retnakumar dari kelas 2A mewakili SMK Air Itam pergi menghadiri Bengkel Program Pembangunan Sahsiah Diri Dan Disiplin Murid – Program Kembali Ke Sekolah di SJK ( C ) Shang Wu pada 12.06.2012 dari pukul 8.00 pagi hingga ke 4.30 petang.

Program ini dimulakan dengan setiap peserta membuang sebelah kasut ke tengah bulatan, kemudian pergi mengambil sebelah kasut mana-mana selain daripada kasut sendiri. Pakai sebelah kasut kawan dan pergi mencari pemiliknya. Permainan ice- breaking ini sangat menyeronokkan kerana mereka terpaksa memakai kasut tersebut sehingga tamat bengkel.Seterusnya, mereke menari ‘ Chicken Dance ’ .

Program Projektor Diri dan Perkembangan Diri juga diadakan untuk membuka minda mereka. Pelajar-pelajar juga gembira menyanyikan action song ‘Gemuruh’ Satu Self Talk memotivasikan pelajar dan memberi keyakinkan bahawa mereka juga merupakan pelajar hebat. Satu permainan yang mencabar iaitu sepasukan mengambil 3 keping kertas A4 untuk mengangkut 2 biji gelas kaca air ke seberang. Permainan ini melatih sifat bertanggungjawab dan bekerjasama antara satu sama lain.