Tuesday, October 30, 2012
Memperkasakan generasi masa depan menerusi Internet berkelajuan tinggi
1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.
Thursday, October 25, 2012
Wednesday, October 24, 2012
Thursday, October 18, 2012
Program Pemantapan Kelab Pengguna
Pada 17/10/2012, Kelab Pengguna dengan kerjasama Unit
Bimbingan & Kaunseling telah menjemput KPDNKK untuk menganjurkan Program
Pemantapan Kelab Pengguna Sekolah Menengah Negeri Pulau Pinang untuk
murid-murid Tingkatan 3. Seramai 150
orang murid telah menyertai aktiviti yang menarik dan penuh dengan cabaran ini.
Aktiviti pada hari itu dimulakan dengan ceramah oleh penceramah dari Jabatan
Keselamatan Jalan Raya, Seberang Perai.
Wednesday, October 17, 2012
Cuti peristiwa
Sukacita dimaklumkan bahawa JPN
telah meluluskan permohonan cuti peristiwa seperti berikut:
Tarikh Cuti Peristiwa ialah 23.10.2012 (Selasa).
Sehubungan itu,diminta semua ibu bapa dan penjaga maklum akan hal ini dan mengambil tindakan yang perlu.
Kerjasama dari pihak tuan/puan , saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pengetua
SMK AIR ITAM
Tarikh Cuti Peristiwa ialah 23.10.2012 (Selasa).
Sehubungan itu,diminta semua ibu bapa dan penjaga maklum akan hal ini dan mengambil tindakan yang perlu.
Kerjasama dari pihak tuan/puan , saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pengetua
SMK AIR ITAM
Saturday, October 13, 2012
MENGINSPIRASIKAN PERUBAHAN BERSAMA FROG VLE
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan
dan penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek
1BestariNet, yang merupakan inisiatif Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam menerajui transformasi pendidikan dengan
menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah
di Malaysia.
Di bawah projek 1BestariNet, 10,000 buah sekolah akan dilengkapi
dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar (wireless
broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran
Pembelajaran Maya iaitu frog Virtual Learning Environment (VLE)
untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan.
Melalui projek 1BestariNet ini, cara penyampaian pengajaran dan
pembelajaran pasti akan berubah, sekaligus meningkatkan minat
belajar dalam kalangan generasi muda ini.
Dalam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan
pembelajaran tidak lagi terhad kepada pengajarandan pembelajaran
di dalam kelas. Kehadiran frog VLE dapat membantu guru-guru
berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pelajar dengan lebih
berkesan bukan sahaja di dalam kelas, malah di mana sahaja
mereka berada. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer,
pelayar (browser), dan sambungan Internet.
Menerusi projek 1BestariNet ini, setiap guru akan diberi satu ID
Pengguna yang unik dan pelbagai fungsi. Para guru boleh
menggunakannya untuk:
Mengakses platform frog VLE
Mengakses emel peribadi Yes
Mengakses semua enjin maya pendidikan yang dijana oleh Google
yang bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan YouTube
Education.
Dengan ini, setiap guru dan pelajar akan mempunyai akses kepada
pendidikan bertaraf dunia yang boleh dicapai di dalam dan di luar
sekolah: pada bila-bila masa, di mana jua.
Wednesday, October 10, 2012
1BestariNet
The vision of 1BestariNet is to transform education and bridge the digital divide by making quality, Internet-enabled education available to all Malaysians. This government initiative will make Malaysia the first country in the world to make broadband access and a VLE available to all schools throughout the nation.
Sunday, October 7, 2012
Saturday, October 6, 2012
Ceramah Teknik Menjawab Bahasa Inggeris SPM
Pada 4/10/2012, Pn. Tan Lay Poh guru
cemerlang dari SMK Air Itam bersama semua pelajar Tingkatan 5 di dewan sekolah
untuk Ceramah Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan Bahasa Inggeris. Tujuan ceramah
ini adalah untuk mendedahkan teknik-teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris.
Pelajar-pelajar menunjukkan minat dan bertanya soalan semasa ceramah.
Thursday, October 4, 2012
Program Mentor Mentee Tingkatan 3 dan Tingkatan 5
Tempoh
perlaksanaan bermula bulan June sehingga September 2012. Mentor terdiri daripada guru tingkatan dan
pembantunya kelas masing-masing.Perjumpaan terancang mentor mentee diadakan
sekurang-kurang sekali sebulan dan mentor
boleh mengadakan perjumpaan mengikut kesesuaian matlamat mentor. Setiap
perjumpaan mengambil masa lebih kurang 40 minit dan disertakan laporan untuk
difailkan Setiap masalah yang dibincangkan akan
diselesaikan bersama mentor dengan mentee, diharapkan perubahan
positif dalam minat, sikap ,disiplin,
sahsiah dan akademik mentee akan berlaku.
Tuesday, October 2, 2012
Ceramah Teknik Menjawab Soalan Matematik PMR
Pada 27/09/2012 En Goh Hong Peng penceramah dan guru cemerlang dari SMK Hamid Khan bersama semua pelajar tingkatan 3 di dewan
sekolah. Tujuan ceramah ini adalah mendedahkan teknik-teknik menjawab Matematik. Pelajar-pelajar sedar akan kepentingan pembelajaran Matematik
dengan memberi tumpuan penuh dan mengambil nota penting. Pelajar-pelajar telah
memberi tindakbalas yang positif terhadap soalan dalam penyelesian masalah matematik.
Monday, October 1, 2012
Ceramah Kerjaya oleh DIY Training Centre
Pada 27/09/2012 ,penceramah
dari DIY training centre En Aric Lau dan System Tan telah bersama pelajar-pelajar tingkatan 5A1, 5A2 dan 5G.
Fokus ceramahnya ialah kerajinan
mengubah kehidupan, kepentingan dalam pemilihan kerjaya, kehendak dan
keperluan tenaga kerja di pasaran, serta pengenalan teknologi industri.
Pelajar-pelajar mendapat faedahnya
dengan memahami situasi yang harus melengkapkan diri dengan ilmu dan teknologi
kemahiran untuk menghadapi persaingan
dalam kerjaya perindustrian.Pelajar-pelajar juga diperkenalkan cara mempelajari sains,
teknologi,kejuruteraan dan
matematik daripada robotic.
Subscribe to:
Posts (Atom)