Thursday, October 18, 2012

Program Pemantapan Kelab Pengguna


Pada 17/10/2012, Kelab Pengguna dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling telah menjemput KPDNKK untuk menganjurkan Program Pemantapan Kelab Pengguna Sekolah Menengah Negeri Pulau Pinang untuk murid-murid Tingkatan 3.  Seramai 150 orang murid telah menyertai aktiviti yang menarik dan penuh dengan cabaran ini. Aktiviti pada hari itu dimulakan dengan ceramah oleh penceramah dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Seberang Perai.