Tuesday, April 16, 2013

Ceramah Kerjaya TOC



Ceramah Kerjaya oleh En Bala Murugan, Kaunselor Pendidikan TOC diadakan untuk pelajar-pelajar 5A, 5P1, 5P2, 5G dan 5M  pada 16.04.2013 dari pukul 10:10 pagi – 11:10 pagi di Dewan Sekolah SMK Air Itam.  En Bala Murugan, kaunselor pendidikan TOC memberi ceramah tentang  tawaran kursus di TOC dan peluang kerjaya selepas menuntut di TOC.Beliau menerangkan kelayakan minima ialah sekurang-kurangnya mendapat  3 kredit dalam SPM  ( Matematik , Sains dan satu mata pelajaran lain) .  TOC  mempunyai 900 partners yang boleh memberi peluang pekerjaan kepada pelajar lepasan TOC. Pelajar-pelajar yang dapat jawab soalan En Bala  juga dapat sebatang pen TOC.