Friday, April 12, 2013

Kempen "Teach For Malaysia Week"

 
 

Pada hari Selesa, 9 April 2013, dua orang tetamu khas, Datuk Marina Chin (Pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil) dan Encik Mohd Fadzli Rozan (Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah) telah datang ke SMK Air Itam sempena kempen ‘TFM week’ anjuran pertubuhan NGO Teach For Malaysia di mana mereka mengajar dan memberi inspirasi serta dorongan kepada murid-murid di SMK Air Itam bersama dua guru TFM, Encik John Lim and Cik Grace Boey.