Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam dan Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama AL-Mashoor (L) telah bergabung tenaga mengadakan program motivasi dan khemah ibadat pada 24 Mei 2013 hingga 26 Mei 2013 bertempat di SMKA Al-Mashoor (L). Projek seperti ini dirancang dengan matlamat untuk membina sahsiah diri pelajar yang cemerlang, mengenal potensi diri serta membangunkannya dan meningkatkan motivasi diri untuk menempa kejayaan . Di samping itu turut bertujuan untuk mendidik pelajar menghayati ibadat dan konsep pengabdian diri kepada Allah secara ikhlas. Di dalam program ini juga pelajar turut mendapat pendedahan daripada aspek cara berfikir,budaya bekerjasama,daya kepimpinan diri walaupun dari sekolah yang berbeza.
Wednesday, May 29, 2013
Projek Kilauan Mutiara

Thursday, May 23, 2013
Tuesday, May 21, 2013
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KE-3
Tarikh : 18 Mei 2013
Masa : 7.30 pagi – 1.30 petang
Tempat : SMK Air Itam
Aktiviti :
Slot 1 : Ceramah Kepentingan Pendaftaran Ubat
Slot 1 : Ceramah Kepentingan Pendaftaran Ubat
Slot
2 :
Ceramah Kenali Ubat Anda
Slot
3 :
Gotong-royong membersihkan bilik khas
Friday, May 17, 2013
Pameran Informasi Pendidikan & Kerjaya Peringkat Negeri
Pelajar-pelajar kelas 5S1, 5S2, 5A, 4S1 ,4S2 dan
ahli PRS membuat lawatan ke Pameran Informasi Pendidikan & Kerjaya
Peringkat Negeri Pulau Pinang pada pukul 2:00 – 3:30 petang di Kompleks Tabung
Haji Bayan Lepas Pulau Pinang. Pelajar-pelajar mendapat informasi tentang
kursus yang ditawarkan di universiti atau kolej-kolej. Pelajar-pelajar gembira
bergambar dengan pelajar warga asing dari Universiti Lim Kok Wing.
Thursday, May 16, 2013
Wednesday, May 15, 2013
16 MEI - SEJARAH HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru
kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang
Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima
cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education
Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali
sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari
itu.
1. Menitikberatkan peranan guru dalam
pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan
perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan
orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat
Malaysia.
3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan
muhibbah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru
dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan
kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan
sebagainya.
6. Menilai secara objektif peranan guru
dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan
itu lebih berkesan.
Saturday, May 11, 2013
Thursday, May 9, 2013
Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen
Pertandingan Bahas Bahasa
Inggeris Ala Parlimen Sekolah
Menengah Peringkat Negeri
Pulau Pinang telah
diadakan di SMK Air Itam
pada 7 & 9 Mei 2013.
SMK Bukit Jambul telah
muncul sebagai johan dalam
pertandingan itu manakala
naib johan ialah SMK Tinggi
Bukit Mertajam. Pembahas
terbaik ialah Saudara Thevesh
Thevanathan dari SMK Bukit
Jambul.
Subscribe to:
Posts (Atom)