Sunday, August 11, 2013

PERKHEMAHAN ORKESTRA CINA


Perkhemahan ini dianjurkan oleh Kelab Orkestra Cina SMK Air Itam dengan kerjasama Pertubuhan Chee Hoon Khor Moral Uplifting Society dan SMJK Persendirian Por Tay juga turut dijemput menyertai perkhemahan ini. 
Perkhemahan ini berlangsung selama tiga hari iaitu dari 8 Ogos hingga 10 Ogos 2013 di Chee Hoon Khor Moral Uplifting Society. Pertubuhan ini telah menyediakan tempat perkhemahan, menajakan makanan dan minuman sepanjang perkhemahan ini. Bekas-bekas pelajar Orkestra Cina SMK Air Itam telah berkorbankan masa cuti mereka untuk membantu. Mereka memberi sumbangan dari segi tunjukajar, didikan dan asuhan mereka dari segi permainan alat-alat muzik. 

Pada hari terakhir, pelajar-pelajar telah membuat suatu persembahan yang kecil dan persembahan ini mendapat sambutan yang agam menggalakkan daripada waris, penjaga atau ibu bapa pelajar.