Thursday, September 12, 2013

Hari Keluarga SMKAI 2013



Pada hari sabtu yang lepas bersamaan 7 september 2013, Jawatan Kuasa kelab Guru telah mengadakan hari keluarga di Moon light Bay, Batu Ferinngi. Aktiviti ini di hadiri oleh sebahagian guru-guru dan pentadbir sekolah bersama ahli keluarga masing-masing. Aktiviti bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang. Antara acara yang menarik sepanjang Hari keluarga berlangsung adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan bola baling pantai, pertandingan membina istina pasir dan beberapa acara sukaneka lain. Acara pada hari keluarga ini berjalan dengan lancar dan penuh meriah.