Friday, September 27, 2013

Lawatan ke DIY Training Centre di Bukit Mertajam



38 orang pelajar-pelajar Cina SMK Air Itam  membuat lawatan sambil belajar ke DIY Training Centre di Bukit Mertajam pada 26.09.2013 dari pukul 9:00 pagi – 12:30 tengah hari. En System Tan , taukeh DIY Training Centre mencerita tentang kehidupannya dari seorang yatim piatu yang tidak suka membaca sehingga menjadi seorang peniaga yang berjaya. Beliau menasihati pelajar-pelajar bahawa’ In real life, we can’t control our birth, but we can control our attitude and change our future’ dan ‘ Successful people agree that everyone must be successful in attitude’. Beliau menekankan bahawa sikap  boleh mengubah nasib seseorang. DIY Training Centre menggunakan Bahasa Mandarin untuk mengajar, jadi beliau menasihati pelajar-pelajar Cina yang lemah dalam pelajaran jangan putus asa, masa depan mereka masih cerah jika mereka menumpu kepada kemahiran. Pelajar-pelajar berasa berkeyakinan menghadapi masa depan mereka.