Thursday, January 23, 2014

Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam



40 orang pelajar SMK Air Itam melawat Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam di Dewan Sri Pinang pada 22.01.2014 dari pukul 9:30 pagi hingga 2:30 petang. Terdapat banyak kaunter perkhidmatan awam di karnival kerjaya seperti polis, bomba, agensi anti dadah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pertahanan Awam , penerangan, angkatan tentera. Kemudian pelajar-pelajar menghadiri taklimat kerjaya oleh En  Abdul Fatah Mohd Pilus, Penolong Setiausaha Surahanjaya Perkhidmatan Awam. Pelajar-pelajar didedahkan jawatan yang terdapat di perkhidmatan awam. En Abdul Fatah juga memberi tips temuduga. Pelajar-pelajar berasa seronok mendapat informasi tentang perkhidmatan awam.