Thursday, January 2, 2014

Orientasi Tingkatan 1


Tarikh : 28 Disember 2013
Hari : Sabtu
Masa : 9 pagi - 11 pagi 

Orientasi tingkatan 1 melibatkan semua para pentadbir dan guru sesi petang. Orientasi dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan pelajar yang berada di dewan dan juga kumpulan ibu bapa yang berada di Bilik Gerakan. Ibu bapa diberi taklimat secara ringkas mengenai pentadbiran sekolah, kurikulum sekolah, hal ehwal murud, kokurikulum dan juga mengenai PBS yang di sampaikan oleh barisan pentadbir dan penyelaras PBS. Pelajar diberi taklimat mengenai disiplin sekolah serta sesi suai kenal dan ujian diagnostik bagi menentukan kedudukan mereka dalam kelas.