Sambutan
Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada
semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa
dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015.
Sehati
sejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan
seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang
dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.