Monday, March 28, 2011

KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT PEMILIHAN KEMASUKAN KE IPTA

1. KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT

a. Dasar pengiraan merit adalah berdasarkan komponen Markah
Akademik(90%) dan Markah Kokurikulum (10%).

b. Markah Akademik (90%) : Berdasarkan lapan (8) mata pelajaran
sahaja,iaitu lima (5) mata pelajaran utama dan tiga (3) mata
pelajaran terbaik.

c. Markah Kokurikulum (10%) : Berdasarkan pemarkahan
yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
dengan penglibatan aktiviti dalam empat (4) komponen iaitu
Sukan & Permainan, Kelab & Persatuan,pasukan Beruniform
dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang
diselaraskan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.

2. DASAR PENENTUAN ALIRAN
a. Permohonan dibahagikan kepada dua (2) aliran iaitu :
· Aliran Sains
· Aliran Sastera

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sains seperti berikut :

i. 90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:-
a. Matematik
b. Matematik Tambahan
c. Fizik
d. Kimia
e. Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut:

Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik
&Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta /
Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/
Pengajian AgroTeknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi
Maklumat / Prinsip Akaun /Perdagangan / Ekonomi Asas /
Pengetahuan Sains Sukan


ii. 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera seperti berikut :

i. 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut :-
a. Bahasa Melayu
b. Matematik
c. Sains
d. Sejarah
a. Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah /
Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral ;

ii. 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.