Monday, February 13, 2012

Kelab Seni--melukis dan mewarna ( Ambigous Art )










Tarikh : 8 Februari 2012

Masa : 2.00 pm- 3.30 pm

Tempat : Bengkel Pendidikan Seni ( Blok D )

Guru Penasihat : Puan Fairus Binti Husain

Pada perjumpaan kedua ini, pelajar membuat seni Ambigous di mana lakaran perlu dibuat dahulu di atas media kertas atau lebih sesuai kadbod keras yang mesra warna.

Lakaran perlu ada tekniknya kerana sekiranya silap, kiraan untuk mewarna dua warna iaitu hitam dan putih akan bercelaru. Lebih banyak corak garisan ditindih, lebih mencabar apabila hendak mewarna. Akan tetapi hasilnya akan lebih menarik.

Guru menunjukkan cara lakaran yang betul, kemudiannya pelajar membuat bacaan bahagian mana hitam dan bahagian mana putih yang hendak diwarnakan, barulah proses mewarna dijalankan.