Wednesday, February 8, 2012

Mesyuarat Agung Kelab Pendidikan Seni






Semasa perjumpaan pertama,seramai 18 orang menghadirkan diri di Bengkel Pendidikan Seni. Kedatangan diambil dan seterusnya aktiviti pertama kelab dijalankan.

Guru memperkenalkan diri dan meminta pelajar memperkenalkan diri masing – masing. Seterusnya perlantikan ahli jawatankuasa Kelab Pendidikan Seni dijalankan. Setelah perlantikan selesai, surat penurunan kuasa diedarkan kepada AJK kelab.Setelah selesai proses mengisi surat penurunan kuasa, guru mengedarkan senarai tugas tanggungjawab AJK persatuan kepada setiap seorang yang mempunyai jawatan dalam kelab tersebut.

Aktiviti tahunan seterusnya dirancang dan dibincangkan bersama ahli-ahli kelab .

Harapan Pn. Fairus untuk Kelab Seni ialah pelajar – pelajar lebih berminat terhadap aktiviti-aktiviti Kelab Seni pada tahun ini.