Friday, May 18, 2012

CERAMAH BAHAYA MEROKOK







Pada 11.05.2012, En Mohd Azarul Irwan Penolong Pegawai Kesihatan Persekutuan, Unit Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Timur Laut telah berada di sekolah bersama pelajar-pelajar tingkatan 3 untuk ceramah tentang Bahaya Merokok. Pelajar-pelajar berpeluang bersama penceramah untuk mengetahui apa itu merokok, perokok aktif dan pasif, kandungan dalam rokok dan cara menjauhkan diri daripada merokok serta kesannya merokok. Penceramah telah berkomunikasi dengan berkesan bersama pelajar. Pelajar telah memberi maklumbalas positif dalam sesi soal jawab.

Pelajar-pelajar boleh mendapat khidmat maklumat lanjutan daripada En Mohd Azarul Irwan waktu pejabat Isnin hingga Jumaat 04-2828500 ext 209 / 0125987673.