Friday, May 4, 2012

Hari Wesak 2012





Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Langka.

Persatuan Buddhis SMK Air Itam telah mengadakan upacara penghormatan kepada Buddha pada hari Jumaat 4hb Mei 2012. Upacara ini telah diadakan di Bilik Tamil. Ramai guru-guru dan pelajar-pelajar beragama Buddhis telah menyertai upacara ini pada waktu rehat. Upacara penghormatan sebenarnya membawa makna menyucikan hati dan minda diri sendiri.