Thursday, May 17, 2012

Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012


En. Michael Choong Eng Hock selaku PK Pentadbiran membaca perutusan KPPM di dewan .












TEMA: “GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI
PENDIDIKAN NEGARA”

Pada Hari Rabu 16hb Mei 2012, jam 11.00 pagi,SMK Air Itam telah menyambut Pelancaran Perayaan Hari Guru 2012 secara serentak dengan semua sekolah di seluruh negara.

Warga SMKAI telah mengikuti siaran secara langsung Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012 melalui siaran televisyen TV1 dan Teks Ucapan Yab Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Di Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru Kali Ke-41.

Beliau mengatakan hanya guru yang bekualiti dapat mewujudkan pendidikan yang berkualiti.Guru yang berkualiti adalah guru yang berinovasi. Ini bermakna guru berinovasi akan sentiasa menggunakan pelbagai kaedah dan cara untuk mengasah daya fikir, daya kreativiti dan daya tahan murid, dan seterusnya menjadikan mereka insan yang berdaya saing , berakhlak mulia, berpengetahuan tinggi, kreatif, inovatif dan berketrampilan.