Monday, September 3, 2012

Ceramah Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran






Pada 27/08/2012 Pn Huie Mei Leng guru kaunselor dari SMJK Phor Tay telah datang dan mengadakan ceramah Anti pemerdagangan Orang dan Anti penyeludupan Migran untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 seramai 155 orang di dewan sekolah. Pelajar-pelajar disebarkan maklumat apakah ertinya pemerdagangan orang, bagaimanakah mereka direkrut dan dieksploitasi, apakah ertinya buruh paksaan, siapa yang menjadi mangsa pemerdagangan orang. Mereka juga diperkenalkan tentang akta antipemerdgangan orang dan antipenyeludupan migrant 2007. Pelajar-pelajar turut didedahkan maklumat apakah jenis perlindungan dan pemulihan untuk mangsa serta bagaimana boleh mengelakkan diri daripada diperdagangkan .

Jika anda mangsa PEMERDAGANGAN ORANG atau sekiranya anda tahu ada orang yang DIEKSPLOITASI dan DIPERDAGANGKAN hubungi 999 atau Talian Nur 15999

Anda boleh melayani laman web www.moha.gov.my

Tel + 60388863194 Fax + 60388891742 ( Majlis Anti pemerdagangan Orang dan Anti penyeludupan Migran )