Friday, September 7, 2012

PERTANDINGAN KEBERSIHAN dan KECERIAAN SEKOLAH (Ogos 2012)









Seperti bulan-bulan yang lepas, penyampaian hadiah/anugerah bagi pertandingan kebersihan dan keceriaan sekolah anjuran jawatankuasa 3K dan Panitia Sivik berlangsung seperti biasa di dataran sekolah. Anugerah kali ini merupakan yang terakhir untuk tahun 2012. Anugerah telah disampaikan oleh Encik Micheal Choong Eng Hock (PK1). Bagi kelas sesi pagi, kelas 5S2 telah menggondol anugerah Gemilang. Manakala 5 kelas lainnya yang memperolehi anugerah Impian ialah kelas-kelas 4S1, 5S1, 2D, 4S2 dan 3S1. Bagi kelas sesi petang pula, Peralihan A telah menggondol anugerah Gemilang. Tahniah dan syabas kepada kelas-kelas yang berjaya memenangi anugerah.

Laporan oleh: Penyelaras 3K (Pn .Rosezana)