Friday, June 21, 2013

Pemuliharaan Alam Sekitar

Pelajar –pelajar Tingkatan 3 & Tingkatan 4 menghadiri Program Pemuliharaan Alam Sekitar pada 19.06.2013 dari 10.30-11.30 pagi di dewan sekolah. En Azizan Aziz dari Boh Tea Plantation memberi ceramah tentang kepentingan hutan dan cara untuk membantu dalam pemuliharaan hutan. Kemudian sesi soal jawab dijalankan. Pelajar yang dapat menjawab soalan mendapat hadiah. Pada akhir program, semua pelajar yang menghadiri program mendapat setin Teh Boh Ais. Program ini sangat baik kerana memberi kesedaran penjagaan alam sekitar kepada pelajar-pelajar.