Tuesday, March 4, 2014

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2014


Satu Watikah Pelantikan Pengawas tahun 2014 telah diadakan pada 3hb Mac 2014 (Isnin) di dataran SMK Air Itam. Seramai 11 orang pengawas telah dilantik untuk watikah ini. Ketua Aktiviti Operasi, Balai Polis Air Itam iaitu Encik Paramasivam A/L Balayah selaku Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah telah merasmikan majlis ini. Pembacaan ikrar telah dilakukan oleh saudara Kalaiaresan A/L Thangavelu (3S1) selaku wakil pengawas baru.