Monday, January 26, 2015

Bengkel Komunikasi













Bengkel Komunikasi untuk Tingkatan Peralihan diadakan pada 24.01.2015 di Bilik Gerakan sekolah. Pn Tang Kae Shih, sukarelawati dari WCC Outreach Schoo Team &  Guru Penasihat Fr. Jelren Agape YCS mengajar senaman utntuk membuka  minda murid supaya murid-murid boleh menumpukan perhatian. Lepas itu,  murid-murid diagihkan kepada 4 kumpulan oleh Cik Teh Ah See, Guru Kanan Kemanusiaan SMKAI. Aktiviti komunikasi dijalankan supaya murid-murid  faham kepentingan berkomunikasi. Lepas itu, setiap kumpulan menghasilkan satu karya kreativiti. Cik Khor Aik Siew, Guru Bimbingan & Kaunseling   sekolah berkongsi pengalaman Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling kepada murid-murid mangsa banjir di sekolah rendah dan sekolah menengah di Kuala Krai, Kelantan dan Cik Choo Poh Lean, PK Hem memberi nasihat kepada murid-murid. Penyampaian hadiah dijalankan pada akhir bengkel.  Murid-murid berasa gembira dan seronok setelah menghadiri bengkel.