Tuesday, March 8, 2016

Watikah Pelantikan Pengawas SMK Air Itam






Watikah Pelantikan Pengawas SMK Air Itam  telah diadakan di Dataran SMK Air Itam pada 7 Mac 2016. Koperal Mohd Basri Bin Maidin, pegawai polis Balai Polis Bandar Baru telah hadir untuk menyampaikan watikah kepada barisan pengawas yang baru dilantik hari ini. Seramai 10 orang pengawas telah dilantik dalam majlis ini. Majlis telah diacarakan oleh Puan Rafidah Binti Kaliyul Rahman. Tuan Pengetua, Dr. Arunasalapandy A/L Karuppusamy telah mengingatkan para pengawas dan murid tentang peranan pengawas dan telah menyatakan harapan beliau terhadap para pengawas. Ch’ng Heh Jiun dari kelas 3 Sains 1 telah memimpin barisan pengawas baru semasa sesi bacaan ikrar setelah penyerahan watikah. Para pengawas telah berikrar untuk menjalankan tugas mereka dengan penuh semangat dan akan memikul amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.