Tuesday, February 26, 2013

Bengkel Sejarah

 


17 orang pelajar Tingkatan 5 SMK Air Itam menghadiri Bengkel Sejarah yang dianjurkan oleh Kolej PTPL, Pulau Pinang pada 23.02.2013 dari pukul 8:30 hingga 1:30 petang. Tarian singa memulakan aktiviti-aktiviti Bengkel Sejarah. Pelajar-pelajar Pulau Pinang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan A menghadiri bengkel sejarah dahulu sementara Kumpulan B membuat lawatan ke kampus baru Kolej PTPL, Pulau Pinang sambil menjalankan aktiviti-aktiviit yang menarik. Pelajar-pelajr kumpulan B dibawa ke Faculty oh Health Science untuk mengikuti taklimat mengenai kursus yang ditawarkan dan mereka menyertai pertandingan untuk menamakan 4 jenis benda di bawah mikroskop. Kemudian mereka membuat lawatan ke Faculty of Business Management. Setelah penerangan kursus, mereka menyertai pertandingan Budjet dengan RM 1500.00. Setelah itu, mereka mengikuti taklimat Studeng Caring department. Mereka dikehendaki menari mengikut rentak tarian yang dipilih oleh ketua kumpulan mereka.Akhirnya pelajar melawat dapur Kolej PTPL untuk membuat dekorasi kek. Lepas 4 aktiviti, mereka menghadiri bengkel sejarah yang diceramahkan oleh Ustaz Mohamed Nasir bin Ghose Mohamed, Guru Cemerlang Sejarah SMKA Al- Mashoor Lelaki, Pulau Pinang. Beliau memberi bimbingan untuk menjawab soalan sejarah dan memberi latihan untuk mengukuhkan pengetahuan pelajar-pelajar.