Wednesday, February 20, 2013

Ceramah Inter Excel Tourism Academy

 Ceramah kerjaya dari Inter Excel Tourism Academy  untuk pelajar Tingkatan 5 SMK Air Itam, Pulau Pinang diadakan di dewan sekolah pada 19.02.2013 dari pukul 10:10 – 11:30 pagi. Cik Teoh Chee Yee, Penolong Pengurus dari Inter Excel Tourism Academy memberi penerangan tentang syarat kemasukan dan kebaikan menjadi seorang cabin crew. Beliau juga menayangkan sebuah video mengenai kehidupan seorang cabin crew di Cathay Pacific. Beliau juga mendedahkan pelajar tentang peluang pekerjaan selepas mengikuti kursus di Inter Excel Tourism Academy. Cik Teoh juga menerangkan kursus yang ditawarkan di Inter Excel Tourism Academy.