Thursday, February 7, 2013

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sesi Pagi 2013

 
Satu Watikah Pelantikan Pengawas tahun 2013 telah diadakan pada 4hb Februari 2013 (Isnin) di dataran SMK Air Itam. Seramai 19 orang pengawas telah dilantik untuk watikah ini. Ketua Polis Balai Air Itam iaitu Inspektor Mohd Fadzli Bin Mohd Napiah selaku Pegawai Perhubungan Sekolah telah merasmikan majlis ini. Pembacaan ikrar telah dilakukan oleh saudara Yeoh Kok Xuan (4S1) selaku wakil pengawas baru.