Saturday, February 23, 2013

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 telah dijalankan dengan lancar  pada  23 Feb 2013 (sabtu),jam 10.00 pagi ,bertempat di dewan  SMK Air Itam. Penghargaan khas kepada Syarikat Reka Indah Development  yang telah menyumbangkan wang tunai RM5,000 kepada PIBG sekolah. 

Tujuan sumbangan ini  adalah untuk membiayai program-program sekolah demi kepentingan para pelajar.Antara tujuan sumbangan ini ialah untuk menyediakan

1. Jumbo jam LED

2. Dana pelajar miskin

3. Majalah sekolah


Selain pelantikan AJK Baru bagi PIBG sesi 2013/2014, SMK Air Itam juga mengadakan cabutan bertuah bagi ibubapa yang hadir dan menyampaikan sijil penghargaan kepada AJK PIBG bagi sesi 2012/2013 .Persembahan tarian-tarian juga diadakan sempena Mesyuarat Agung PIBG.


Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbangkan  wang, tenaga dan masa bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 .