Friday, March 22, 2013

Bimbingan Kursus Selepas SPM


Keputusan SPM Tahun 2012 telah diumumkan pada 21.03.2013. Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Air Itam telah menjemput 15 buah kolej-kolej untuk memberi perkhidmatan seperti memberi risalah, membimbing dalam pemilihan kursus dan memberi pendedahan tawaran kursus serta kriteria-kriteria yang diperlukan untuk mengikuti sesuatu kursus di IPTA. Kolej-kolej tersebut ialah Kolej Segi, Kolej PTPL, Kolej Sentral, Kolej Cosmopoint, Kolej ATI, Machito, Inter- Excel, Pusat Pendidikan Tan Chong, Kolej KDU, PSDC, Infogenius, Study Excel, Kolej Han Chiang, Kolej Olympia dan DIY Training Centre. PRS sekolah juga membantu dalam pengedaran baucer Dana KCM kepada pelajar-pelajar lepasan SPM Tahun 2012.