Thursday, March 14, 2013

Makluman Kepada Waris--Cuti Berganti

Sukacita dimaklumkan bahawa 16.03.2013 (Sabtu) ialah hari persekolahan, mengikut jadual waktu hari Khamis.

Sila ambil maklum waktu persekolahan adalah seperti biasa.

Sehubungan itu,diminta semua ibu bapa dan penjaga maklum akan hal ini dan menguruskan pengangkutan anak masing-masing.

Kerjasama dari pihak tuan/puan , saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Pengetua
SMK AIR ITAM