Thursday, March 21, 2013

Kelab Frog VLE

 
 

Tarikh : 20-03-2013

Masa : 1.30pm-3.00pm

Tempat : Makmal Komputer

Objektif :
Untuk memastikan pengguna mempunyai pemahaman umum fungsi
navigasi dalam VLE dan boleh menggunakan VLE dengan baik.

Pengenalan Frog VLE :
Pelajar-pelajar diberi gambaran keseluruhan tentang Frog VLE. Frog VLE mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE
ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai
pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep
pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh,
guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan
secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta
menyemak markah menerusi VLE.