Monday, October 28, 2013

Bengkel Cake Decoration



60 orang pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMK Air Itam mengikuti bengkel Cake Decoration daripada Chef Ridzuan dari Kolej KDU pada 23.10.2013 dari pukul 10:10 pagi – 12:10 tengah hari di kantin sekolah. Chef Ridzuan mengajar cara untuk menghiasi kek dengan krim, coklat, buah-buahan , almond, daun pudina .Beliau memberitahu pelajar bahawa kek tidak boleh ‘over decorated’ . Beliau juga tunjuk cara untuk membuat bentuk bunga dengan krim manakala pelajarnya, Noor Allea binti Adam dan Umadarshini a/p Gunendran datang membantu pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar gembira kerana dapat menghiasi kek dan berpuas hati dengan hasil sendiri.