Friday, October 4, 2013

Lawatan Sambil Belajar Ke SLC



11 orang pelajar SMK Air Itam mengadakan lawatan sambil belajar ke SLC Auto Academy pada 01.10.2013 dari pukul 9:00 – 12:30 petang. En Yap Li Lung, Pengurus Pentadbiran SLC memberi ceramah tentang tayar. Beliau menerangkan jenis-jenis tayar, cara untuk mengesan tayar yang baru, kemudian kuiz diadakan untuk pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar dapat menjawab dengan cepat dan tepat. Kemudian beliau menayangkan video yang menunjukkan cara untuk menghasilkan tayar. Seterusnya, En Loh, tenaga pengajar SLC menunjukkan cara untuk membuat balancing dan alignment. Selepas itu, En Yap membawa pelajar melawat ke bengkel. SLC Auto Academy merupakan sebuah pusat latihan kemahiran swasta yang mendapt 5 bintang pengiktirafan daripada kerajaan. Akhirnya, pelajar-pelajar menjamu selera di kafe SLC yang moden dan selesa. Pelajar-pelajar berasa sangat puas hati dan gembira.