Monday, October 28, 2013

Lawatan Sambil Belajar ke Kolej Han Chiang



Pelajar-pelajar Tingkatan 3 membuat lawatan sambil belajar ke Kolej 
Han Chiang pada 22.10.2013 dari pukul 9:30 – 12:30 tengah hari. 
Pelajar-pelajar pergi dengan Bas Kolej Han Chiang. Cik Ong Pui 
Mun mengagihkan pelajar kepada 2 kumpulan. Pelajar lelaki
pergi mengikuti kursus automotif yang diberi oleh En Ahmad Abi 
Wildan bin Marjan dan pelajar perempuan pergi mengikuti penerangan
kursus oleh En Nicolas Ong Teik Hin dan menonton video klip hasil 
karya pelajar Mass Communication Kolej Han Chiang. Kemudian
semua pelajar mengikuti taklimat Cik Goh Boon Ping mengenai cara
menjadi seorang juruhebah yang baik. Ada pelajar pergi berlatih 
menjadi  juruhebah.Selepas itu, mereka pergi melawat ke Han
Chiang’s Chinese Herritage Centre. Gambar bersama merupakan 
acara kemuncak di akhir lawatan hari ini.