Thursday, July 4, 2013

Bengkel Anti Dadah


11 orang pelajar-pelajar dari Universiti Tzu Chi, Taiwan mengadakan Bengkel Anti Dadah untuk pelajar-pelajar Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1 SMK Air Itam pada 01.07.2013 dari 3:45 – 6:30 petang di Dewan SMK Air Itam. Mula-mula pelajar-pelajar diberi kuiz untuk menguji tahap kefahaman pelajar-pelajar terhadap dadah. Pelajar-pelajar  diberi remote control untuk menekan jawapan dengan betul. Kemudian  pelajar-pelajar Universiti Tzu chi menerangkan tentang bahayanya dadah dan jenis-jenis dadah dan cara untuk mengawalnya. Satu uji kaji menggunakan kertas aluminium diberikan kepada 4 orang pelajar untuk mengetahui kesan menghisap dadah. Tayangan gambar diberikan untuk mengisahkan kes sebenar seorang penagih dadah. Pada akhir bengkel, kuiz diadakan untuk menguji sekali tahap kefahaman pelajar-pelajar terhadap dadah. Bengkel ini sangat berjaya dan membawa banyak pengetahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar.