Saturday, July 6, 2013

Lawatan Sambil Belajar ke Kolej TAR

Pelajar-pelajar 5A SMK Air Itam mengadakan  lawatan sambil belajar ke Kolej TAR pada 03.07.2013 dari pukul 9:30 -12:30 tengah hari. Cik Lim memberi taklimat tentang infrastruktur Kolej TAR, syarat kemasukan dan bayaran yuran. Kolej TAR telah dinaiktaraf menjadi universiti pada bulan Mei 2013. Pelajar-pelajar dibawa ke Campus Tour,kemudian mereka menjamu selera (nasi lemak, mini burger dan kuih yang sedap )di Kolej TAR. Cik Lee saw Im memberi ceramah tentang hala tuju kehidupan.