Friday, July 5, 2013

Hari Koperasi 2013



Bertemakan “KOPERASI BERSATU UNTUK PERSEKITARAN SEJAGAT” sambutan  Hari Koperasi Sekolah SMK Air Itam telah diadakan dengan jayanya pada 3 Julai 2013 (hari Rabu).

Dengan perancangan yang telah diatur sambutan Hari Koperasi Sekolah SMKAI telah dimulakan pada jam 12.50 tengahari bertempat di Dewan SMKAI. Pada tahun ini pihak ANGKASA telah menghantar seorang pegawainya Pn. Siti ZainaB Bt Md. Taib sebagai tetamu sempena  sambutan Hari Koperasi Sekolah. Majlis ini dimulakan dengan ucapan Naib Pengerusi Koperasi Sekolah, Pn. Norizan Bt Ismail bagi memperkenalkan kepada semua pelajar apa itu Hari Koperasi Sekolah.