Ceramah Kerjaya untuk kelas 5P1, 5P2 & 5M SMK
Air Itam telah dijalankan di dewan sekolah oleh Infogenius. Pn Loo dan Cik Leha
menerangkan perbezaan antara akademik dan kemahiran. Infogenius
menawarkan Diploma dalam Industrial Automation Engineering dan Insdustrial
Electronic Engineering.Pn Loo juga menayangkan gambar bekas murid sekolah yang
telah berjaya menjadi jurutera dan juruteknik . Cik Leha juga menasihati murid
supaya belajar bersungguh-sungguh demi berjaya dalam SPM,
jangan putus asa jika
keputusan akademik tidak memuaskan. Negara Malaysia memerlukan 50% tenaga mahir
pada tahun 2020. Jadi belajar kemahiran juga merupakan satu peluang yang baik untuk
mencapai kejayaan dalam kehidupan.