TARIKH : 16 JUN 2015
MASA : 7.40-8.40 PAGI
PENCERAMAH: 1. PN NURZAINI BINTI ABDUL MAJID
2. ENCIK ANG BIN JUN
KEHADIRAN : 1. PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
2. GURU KANAN MATA PELAJARAN
3. GURU-GURU TINGKATAN 3
4. SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3
Ketua Panitia dengan bantuan Guru Geografi PT3 memberi
penerangan tentang tugasan PT 3 Geografi Pelbagai Instrumen.
Tajuk Tugasan tahun ini adalah tentang kajian kes Kegiatan
ekonomi di kawasan sekolah atau tempat tinggal pelajar.
Pelajar-pelajar diberi penjelasan tentang tugasan yang
perlu dibuat. Pelajar-pelajar juga diingatkan tentang
pentingnya kehadiran sepanjang tarikh pelaksanaan PT3
Geografi ini iaitu mulai 21 Jun hingga 3 Julai. Tugasan
ini akan dilaksanakan dalam waktu 8 PdP. Semua bahan
penulisan akan dikutip balik di akhir setiap waktu PdP.
Sepanjang taklimat di beri pelajar-pelajar di dedahkan
kepada komponen-komponen yang perlu di lengkapkan
untuk menghasilkan satu kajian kes. Pelajar-pelajar
juga diingatkan supaya mencari bahanbahan yang
diperlukan untuk membolehkan mereka menghasilkan
tugasan tersebut.