TARIKH : 24-6-2015
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH SMK AIR ITAM
SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3 TERLIBAT
Guru Kanan Kemanusiaan Encik Mursalin Ramli memberi
arahan kepada Semua pelajar tingkatan 3 di dewan .
Encik Mursalin memberitahu pelajar bahawa Tugasan
Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Sejarah wajib
dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2015.
Pelajar diingatkan selalu menjaga disiplin
semasa membuat tugasan PT3. Pelajar dimaklumkan
bahawa penghasilan tugasan PT3 ini dalam tempoh
lapan waktu pengajaran dan pembelajaran dari
28 Jun hingga 10 J ulai 2015.
Ketua Panitia Sejarah Cik Khoo Kheng Ghim memberi
taklimat kepada calon mengenai tugasan dan perinciannya.
Cik Khoo memberitahu pelajar bahawa hasil kerja mestilah
merupakan hasil usaha sendiri dan tidak tiru daripada mana-mana pihak. Tiada tugasan ulangan dan peruntukan masa
tambahan.
Cik Khoo memaklumkan kepada pelajar melaksanakan
aspek tugasan mengikut format penulisan yang ditetapkan.
Selalu gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan sebagai
panduan melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat
skor cemerlang.