Friday, April 20, 2012

Pameran Informasi Pendidikan & Kerjaya Pulau Pinang






Pelajar-pelajar Tingkatan 5A2, 5G, 5P1 & 5P2 membuat lawatan ke Pameran Informasi Pendidikan & Kerjaya Pulau Pinang Tahun 2012 pada 19.04.2012 dari pukul 10.00 hingga 12.00 tengah hari di Kompleks Lembaga Tabung Haji Bayan Lepas. Pelajar-pelajar mendapat informasi tentang kelayakan minima untuk kursus tertentu dan pendedahan tentang tawaran kursus-kursus di universiti dan kolej swasta. Di samping itu, mereka juga dapat peluang untuk menjalankan ujian psikologi yang dianjurkan oleh Majlis Guru Kaunseling Pulau Pinang.