Saturday, April 21, 2012

PERTANDINGAN PESTA PANTUN KELOMPOK M I













Pada 18 April 2012, SMK Air Itam telah menjadi Tuan Rumah Pertandingan Pesta Pantun Kelompok M1.Sebanyak lima buah sekolah telah mengambil bahagian iaitu SMT Tunku Abdul Rahman Putra, SMK Hj Zainul Abidin, SMKA(L) AlMashoor, SMK Tanjung Bungah dan SMK Air Itam. Pertandingan ini telah dijalankan dalam 3 pusingan mengikut format pertandingan yang telah ditetapkan. Para pengadil terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dari Kelompok M2 dan M3. Dalam pertandingan Pesta Pantun kali ini, SMK Air Itam telah muncul sebagai Naib Johan manakala Johan pertandingan ini dimenangi oleh SMKA(L) Almashoor.