Saturday, April 28, 2012

LARIAN MERENTAS DESA 2012
















TARIKH : 28 APRIL 2012

HARI : SABTU


MASA : 8.00- 11.30 PAGI


KAWASAN : DAERAH FARLIM

Pada 28 April (Sabtu) SMK Air Itam telah menjalankan Aktiviti Larian Merentas Desa 2012 dengan jayanya. Penglibatan pelajar yang sangat menggalakkan telah memberi semangat kepada guru-guru dan kakitangan serta semua pihak yang terlibat untuk menjalankan tugas dengan baik walaupun hujan turun renyai-renyai.

Para pelajar telah dibimbing oleh jurulatih dari Kolej Masterskill Ipoh seramai 6 orang untuk aktiviti regangan dan memanaskan badan. Para pelajar dikawal oleh petugas-petugas check point, marsyal, hakim dan guru disiplin dengan ketat. Di samping itu, pihak Polis Cawangan Trafik Timur Laut, Polis dari Balai Polis Bandar Baru Air Itam dan Pasukan RELA turut menjaga keselamatan para pelajar sepanjang larian ini dijalankan.

Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang sudi menjayakan Larian Merentas Desa SMK Air Itam 2012 dengan jayanya iaitu:

1) Kolej Masterskill Ipoh

2) Polis Cawangan Trafik Timur Laut

3) Polis dari Balai Polis Bandar Baru Air Itam

4) Pasukan RELA

5) Semua guru SMK Air Itam

6) Kakitangan SMK Air Itam

7) Semua pelajar yang menjayakan Larian Merentas Desa

Belayar menuju lautan Selatan,

Bawa bekalan manisan papaya;

Jasamu tuan dalam ingatan,

Warga bersatu tentu berjaya.